Wednesday, March 13, 2013

Baru minat dan ingin mula. (New interests and would like to start.)

Kepada yang baru minat atau ingin membeli basikal.

Makin hari ramai yang berminat untuk berbasikal, Alhamdulillah. Ramai juga yang minta pertolongan dan tunjuk ajar mengenai basikal dari saya. Kepada yang ingin membeli basikal, pertama sekali yang penting, apakah tujuan utama basikal itu? Membeli basikal sama seperti membeli kenderaan lain, sesuaikah jikalau kereta Ferrari atau Lamborghini untuk masuk 'off-road', pergi tracking dalam hutan? Tak mungkin kan? Sama juga seperti basikal, setiap basikal ada tujuannya.

Kalau bertujuan 'off-road' pilih MTB (Mountain Bike), kalau ingin berlumba (Road-bike/Racing bike). Bagi yang ingin berkomuter (kegunaan harian-pergi kerja/kolej) banyak pilihan jenis basikal (City/Hybrid/Folding Bike). Kalau hendak mengangkut barang lebih sesuai menggunakan Cargo Bike. Basikal untuk kegunaan harian tidak semestinya harga yang mahal. Malah' basikal harian' ini boleh didapati dengan harga serendah RM250.00 - 300.00, cuma yang membezakan adalah kualiti yang dipadankan dengan harga tersebut.




Mungkin ada yang beli satu basikal untuk pelbagal jenis tujuan. Seperti contoh basikal Mountain Bike untuk kegunaan harian, memang boleh tapi beberapa ubah suai perlu di buat, seperti menukar tayar untuk kegunaan diatas jalanraya. Ini kerana tayar untuk MTB adalah kegunaan 'off-road', ia tidak sesuai untuk kegunaan diatas jalanraya terutama ketika jalan basah boleh mengurangkan cengkaman tayar pada jalanraya. Ini adalah salah satu contoh pada yang ingin membeli satu basikal untuk pelbagai guna, mungkin beberapa ubah suai yang boleh dibuat.


Seperti yang saya nyatakan di atas, apakah tujuan utama basikal itu? Tidak semestinya harga basikal yang mahal menunjukkan anda seorang yang hebat, ramai yang lebih pandang pada basikal bukan pada tuannya. Ini telah terbukti, ada yang mengeliling Semenanjung Malaysia dengan hanya ber'basikal tua' atau basikal kampung. Bukan juga berbasikal untuk menunjuk-nunjuk siapa lebih hebat atau siapa lebih 'otai'.


Harap info ini dapat membantu serba sedikit pada yang baru ingin membeli basikal. Terima Kasih.


To a new interest or want to buy a bike.

Each day, many people are interested in cycling, thank God. Many also ask me for help and guidance on bike. For those who want to buy a bike, first of all that important, what is the main purpose of the bicycle? Buy a bike just like buying another vehicle, if appropriate for a Ferrari or Lamborghini to enter the off-road, go tracking in the woods? It would not be right? And just as a bike, each bike for a reason.

If it meant 'off-road' select MTB (Mountain Bike), if want to race (Road-bike/Racing bike). For those who want to commute (daily use, go to work / college) much choices of bike (City / Hybrid / Folding Bike). If you want to transport goods more suited for the Cargo Bike. Bikes for daily use is not necessarily an expensive price. Even 'daily bike' can be found for as low as MYR250.00 - 300.00, but the distinguishing quality matched the price.

Some may buy a bike for miscellaneous kinds of purposes. As an example moutain bike for daily use, it can but some modification to be made, such as changing tires for use on the road. This is because the tire for MTB use for 'off-road', it is not suitable for use on the road, especially when wet roads can reduce tire grip on the road. This is one instance in which want to buy a bike for a multi-purpose, perhaps some modification that can be made.

As I mentioned above, the primary purpose bicycle? Not necessarily an expensive bike price make you a great show, many more look at the bike rather than on the cyclist. This has been proven, some are circulating Peninsular Malaysia with only old school or vintage bicycle. Not even to show off one more fantastic or more senior.

Hope this info helps a little bit on the new want to buy a bike. Thank you.

1 comment:

  1. Uncle kalau nak buat tour with bicycle, which type of bicycle yg you would suggest?

    ReplyDelete