Thursday, March 21, 2013

BIke Hour Ride

My Bike Hour ride 20 March 2013.

Wednesday, March 20, 2013

Art for Grabs




Saya sibuk beberapa hari lepas, saya ada banyak kerja untuk dilakukan. Saya telah terlibat sebagai sukarelawan untuk Projek Peta Basikal Kuala Lumpur, ia adalah mengenai peta basikal pada penunggang basikal untuk merancang perjalanan mereka di bandaraya Kuala Lumpur. Jadi, Sabtu lalu ada event Art For Grabs, kami mempunyai satu ruangan kecil untuk mempromosikan projek itu. Mempromosi dan dapatkan lebih ramai sukarelawan untuk projek ini dan gembira ia berjalan dengan begitu baik. 

Thursday, March 14, 2013

Bike Hour (Masa untuk Basikal)

'Bike Hour' sama seperti 'Earth Hour' cuma hanya untuk basikal.

Mesej 'Bike Hour' adalah mudah: kebanyakan orang memiliki basikal tetapi berasa tidak selamat untuk menggunakannya. Basikal adalah seperti keretapi tanpa sebarang landasan.



Wednesday, March 13, 2013

Baru minat dan ingin mula. (New interests and would like to start.)

Kepada yang baru minat atau ingin membeli basikal.

Makin hari ramai yang berminat untuk berbasikal, Alhamdulillah. Ramai juga yang minta pertolongan dan tunjuk ajar mengenai basikal dari saya. Kepada yang ingin membeli basikal, pertama sekali yang penting, apakah tujuan utama basikal itu? Membeli basikal sama seperti membeli kenderaan lain, sesuaikah jikalau kereta Ferrari atau Lamborghini untuk masuk 'off-road', pergi tracking dalam hutan? Tak mungkin kan? Sama juga seperti basikal, setiap basikal ada tujuannya.

Kalau bertujuan 'off-road' pilih MTB (Mountain Bike), kalau ingin berlumba (Road-bike/Racing bike). Bagi yang ingin berkomuter (kegunaan harian-pergi kerja/kolej) banyak pilihan jenis basikal (City/Hybrid/Folding Bike). Kalau hendak mengangkut barang lebih sesuai menggunakan Cargo Bike. Basikal untuk kegunaan harian tidak semestinya harga yang mahal. Malah' basikal harian' ini boleh didapati dengan harga serendah RM250.00 - 300.00, cuma yang membezakan adalah kualiti yang dipadankan dengan harga tersebut.