Showing posts with label Guide. Show all posts
Showing posts with label Guide. Show all posts
Tuesday, May 20, 2014
Crank Post (Kuala Lumpur Bicycle Culture E-zine)
Crank Post sebuah e-zine dwibahasa yang diterbitkan secara percuma mengenai Budaya Berbasikal di Kuala Lumpur. Terbitan pertama pada October 2013, ia adalah lanjutan dari e-zine "Panduan Berbasikal Ketika Hujan". Penerbitan Crank Post akan keluarkan 3-4 kali setahun.
Wednesday, May 22, 2013
E-book Panduan Berbasikal ketika hujan. - Cycling in Rain Guide Ebook
E-book pertama telah dihasilkan oleh saya, yang ditaja oleh Basikalover, bertajuk Panduan Berbasikal Ketika Hujan. E-book ini memberi tip-tip untuk penunggang basikal ketika cuaca hujan, terbahagi pada 3 bahagian: Panduan Berbasikal, Persediaan (Peralatan / Gadget) dan Situasi Kemalangan.
Wednesday, May 15, 2013
BICYCLE SHORTS II
BICYCLE SHORTS II adalah mengenai penayangan filem pendek berkaitan tentang basikal. Ini adalah kali kedua diadakan, kali pertama pada tahun 2012. Acara ini dianjurkan oleh Village Bicycles, ia telah diadakan di Palate Palette, Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur pada hari Selasa, 14 May 2013, bermula 9.00pm-10.45pm.
Labels:
Arts,
Basikal,
Bicycle,
Cycling,
Event,
Guide,
Kuala Lumpur,
Malaysia,
Movies,
Short Films
Wednesday, March 13, 2013
Baru minat dan ingin mula. (New interests and would like to start.)
Kepada yang baru minat atau ingin membeli basikal.
Makin hari ramai yang berminat untuk berbasikal, Alhamdulillah. Ramai juga yang minta pertolongan dan tunjuk ajar mengenai basikal dari saya. Kepada yang ingin membeli basikal, pertama sekali yang penting, apakah tujuan utama basikal itu? Membeli basikal sama seperti membeli kenderaan lain, sesuaikah jikalau kereta Ferrari atau Lamborghini untuk masuk 'off-road', pergi tracking dalam hutan? Tak mungkin kan? Sama juga seperti basikal, setiap basikal ada tujuannya.
Kalau bertujuan 'off-road' pilih MTB (Mountain Bike), kalau ingin berlumba (Road-bike/Racing bike). Bagi yang ingin berkomuter (kegunaan harian-pergi kerja/kolej) banyak pilihan jenis basikal (City/Hybrid/Folding Bike). Kalau hendak mengangkut barang lebih sesuai menggunakan Cargo Bike. Basikal untuk kegunaan harian tidak semestinya harga yang mahal. Malah' basikal harian' ini boleh didapati dengan harga serendah RM250.00 - 300.00, cuma yang membezakan adalah kualiti yang dipadankan dengan harga tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)


