Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

KL Car Free Morning



Bermula dari Januari 2014 dirasmikan oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur, ia diadakan pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan. Jalan-jalan utama akan ditutup selama 2 jam (7:30pagi-9:00pagi).


Tuesday, May 20, 2014

Ride Of Silence



'Ride of Silence' adalah kayuhan basikal antarabangsa untuk menghormati penunggang basikal yang terbunuh ataupun cedera ketika menunggang basikal di jalan raya. Ini juga untuk meningkatkan kesedaran pada pengguna jalan raya bahayanya mereka pada penunggang basikal. Ia diadakan pada hari Rabu ketiga bulan Mei setiap tahun.


Crank Post (Kuala Lumpur Bicycle Culture E-zine)



Crank Post sebuah e-zine dwibahasa yang diterbitkan secara percuma mengenai Budaya Berbasikal di Kuala Lumpur. Terbitan pertama pada October 2013, ia adalah lanjutan dari e-zine "Panduan Berbasikal Ketika Hujan". Penerbitan Crank Post akan keluarkan 3-4 kali setahun.

Wednesday, October 2, 2013

Massa Kritikal Ogos - Critical Mass August

Wednesday, May 15, 2013

BICYCLE SHORTS II



BICYCLE SHORTS II adalah mengenai penayangan filem pendek berkaitan tentang basikal. Ini adalah kali kedua diadakan, kali pertama pada tahun 2012. Acara ini dianjurkan oleh Village Bicycles, ia telah diadakan di Palate Palette, Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur pada hari Selasa, 14 May 2013, bermula 9.00pm-10.45pm.

Saturday, April 20, 2013

Massa Kritikal Kuala Lumpur March 2013 (Critical Mass)


Massa Kritikal adalah acara berbasikal biasanya diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan. Di Kuala Lumpur tempat menjadi perjumpaan penunggang basikal di Stesen LRT Ampang Park. Bermula di Stesen LRT Ampang Park mengelilingi kota Kuala Lumpur dan berakhir di Dataran Merdeka. Lazimnya akan bermula 9.00 malam dan berakhir pukul 12.00 malam.

Thursday, March 21, 2013

BIke Hour Ride

My Bike Hour ride 20 March 2013.

Wednesday, March 20, 2013

Art for Grabs




Saya sibuk beberapa hari lepas, saya ada banyak kerja untuk dilakukan. Saya telah terlibat sebagai sukarelawan untuk Projek Peta Basikal Kuala Lumpur, ia adalah mengenai peta basikal pada penunggang basikal untuk merancang perjalanan mereka di bandaraya Kuala Lumpur. Jadi, Sabtu lalu ada event Art For Grabs, kami mempunyai satu ruangan kecil untuk mempromosikan projek itu. Mempromosi dan dapatkan lebih ramai sukarelawan untuk projek ini dan gembira ia berjalan dengan begitu baik. 

Thursday, March 14, 2013

Bike Hour (Masa untuk Basikal)

'Bike Hour' sama seperti 'Earth Hour' cuma hanya untuk basikal.

Mesej 'Bike Hour' adalah mudah: kebanyakan orang memiliki basikal tetapi berasa tidak selamat untuk menggunakannya. Basikal adalah seperti keretapi tanpa sebarang landasan.